Followers

Wednesday 24 October 2012

Tindik Telinga

Balik dari klinik untuk pemeriksaan 6 bulan, ayah angkut terus gi MyMydin kat Sungai Buloh Jeram. Malas nak tunggu ayah beli barang, ummi pun bawaklah budak kecik ni gi kedai toy sebelah MyMydin tuh. Ingat nak carikkan toy dengan itik Digi tu. Masuk je kedai tu, tengok ada signboard, "Sini ada Tindik Telinga/Hidung". Apa lagi, dah lama da ummi nak tindik telinga budak ni, tapi tak tau nak bawak gi mana untuk tindik. Duk tanya ayah dia selama ni, jawapan ayah dia asyik k"kt kedai moto je!" Bikin geram je....

Ini betul-betul punya nanges okeh! Bersungguh dia nangis, tengok je la air mata dia...

"Ayah... Tengoklah ummi ni. Baru je tadi kena cucuk kt peha masa kat klinik, pastu ummi bawak gi tembak telinga lak! Wowowowowoooo..." - Mengadu kt ayah dia. Buat muka kesian kat ayah!

Akhirnya bertenang lepas ummi bagi dia toy baru beli kat kedai dia tindik telinga tu.

Bila dah pakai subang camni, terserlah la lagi ke"gigirl"annya....

Murah saja rupanya tindik telinga tu. RM10 sekali dengan subang. Subang ni subang murah saja. Mula-mula ragu-ragu gak nak pakaikan dia subang yang bukan emas ni, takut kulit dia sensitif, nanti akan gatal lak kat tempat tindik tu. Tp amoi tukang tindik telinga tu kata, setakat hari ni tak pernah lagi ada customer dia yang komplen pasal tu. Pastu katanya, subang ni leh bukak, (klu nak ganti subang lain), dalam masa seminggu...

No comments:

Post a Comment