Followers

Wednesday, 24 October 2012

Tindik Telinga

Balik dari klinik untuk pemeriksaan 6 bulan, ayah angkut terus gi MyMydin kat Sungai Buloh Jeram. Malas nak tunggu ayah beli barang, ummi pun bawaklah budak kecik ni gi kedai toy sebelah MyMydin tuh. Ingat nak carikkan toy dengan itik Digi tu. Masuk je kedai tu, tengok ada signboard, "Sini ada Tindik Telinga/Hidung". Apa lagi, dah lama da ummi nak tindik telinga budak ni, tapi tak tau nak bawak gi mana untuk tindik. Duk tanya ayah dia selama ni, jawapan ayah dia asyik k"kt kedai moto je!" Bikin geram je....

Ini betul-betul punya nanges okeh! Bersungguh dia nangis, tengok je la air mata dia...

"Ayah... Tengoklah ummi ni. Baru je tadi kena cucuk kt peha masa kat klinik, pastu ummi bawak gi tembak telinga lak! Wowowowowoooo..." - Mengadu kt ayah dia. Buat muka kesian kat ayah!

Akhirnya bertenang lepas ummi bagi dia toy baru beli kat kedai dia tindik telinga tu.

Bila dah pakai subang camni, terserlah la lagi ke"gigirl"annya....

Murah saja rupanya tindik telinga tu. RM10 sekali dengan subang. Subang ni subang murah saja. Mula-mula ragu-ragu gak nak pakaikan dia subang yang bukan emas ni, takut kulit dia sensitif, nanti akan gatal lak kat tempat tindik tu. Tp amoi tukang tindik telinga tu kata, setakat hari ni tak pernah lagi ada customer dia yang komplen pasal tu. Pastu katanya, subang ni leh bukak, (klu nak ganti subang lain), dalam masa seminggu...

1st Meal

Alhamdulillah... Memasuki umur 6 bulan... Ummi malas mau tunggu genap umur 6 bulan baru nak bagi makan. Tak sampai hati tengok baby Nurin Asfa ni duk meleleh air liur pastu telan-telan air liur bila tengok orang suap makanan ke dalam mulut.

Sebagai permulaan, ummi buatkan carrot puree for her! Just stimkan carrot, then blend halus. Berperang jugak la nak bagi dia makan masa mula-mula tuh! Haihhhhh...




1st solid dia, mamatok yang suapkan. Mamatok dia la ni yang beriya nak bagi cucu dia sorang ni mam! Sampai ke hari ni, dah lebih kurang seminggu budak kecik ni makan. Tak banyak mana pun dia makan. Paling banyak setakat ni, 2 sudu makan untuk satu "sesi peperangan" terjadi! huk3!

Wednesday, 26 September 2012

Present for 5 Months Old Nurin Asfa

24.09.2012. Genap 5 bulan sudah ini budak... Then her dad, dengan penuh excitednya belikan walker berikut untuk anaknya...


Postur badan semasa duduk dalam walker ni, masih belum ok lagi. Tengok aje la gambar ni. Badan lebih bengkok ke depan! Bila ayah dia buh dalam walker ni, tak bergerak langsung pun walker ni. Tak reti lagi nak guna kaki dia untuk kayuh walker dia ni. Mungkin belum tiba masanya lagi.

Tak sampai setengah jam, dia dah kebosanan duduk dalam walker. Dah menangis nak dikeluarkan. So, just wait for the right time aje la untuk dia main dengan walker ni.

Thursday, 20 September 2012

Payahnya Nak Bagi Dia Soother Baru Ni...

Allahuakbar anak ummi sorang ni... Since nak masuk umur 4 bulan lagi, dah try sedaya upaya untuk tukarkan soother lama dia tu... Coz soother lama tu sepatutnya suitable untuk umur 0-3 bulan. And her new soother ni pulak untuk usia 3-9 bulan... Tapi dia tetap nak soother lama jugak... Soother lama dia tu dah terlalu kecil da untuk mulut dia...

Tengok ajer la betapa liatnya dia nak nyonyot bila ummi nak bagi soother baru tu...








Bersungguh dia menolak... Ummi paksa jugak! Ummi paksa jugak! Kalau tak paksa hari ni, sampai bila-bila pun dia takkan dapat biasakan diri dengan soother ni...

Saturday, 8 September 2012

Koordinasi Tangan dan Mata - Lulus!

Alhamdulillah... Another improvement telah berjaya dikuasai oleh Nurin Asfa. Anak ummi ni dah reti hulur tangan dia untuk mengambil sesuatu yang orang hulur kat dia. Maybe these pics can tell you the story...




But each time dia dah pegang something, terus masuk mulut! Haishhhh, abih basah telinga, kepala dgn ekor monkey dia ni!

Monday, 3 September 2012

Berjaya Menguasai Kemahiran Meniarap

Alhamdulillah... Memasuki usia 4 bulan, Nurin Asfa telah berjaya menguasai kemahiran meniarap sepenuhnya... Bukan main terer dah sekarang ni, bila letak je dia dalam posisi baring terlentang, dengan segera dia akan terus meniarap (kecuali kalau dia sedang tido). So, asik nak meniarap ajer lah kejenya sekarang. Ummi pulak yang jenuh nak kejakan dia bila time nak pakaikan baju lepas mandi or time tukar pampers! Perghhhh lasak giler!


'Lepak'ing atas meja study ummi! Ni ayah la punya idea ni. Mula-mula pakai baju, pastu ayah kata, bogelkan dia, pakaikan pampers jer. Tu yang jadi gambar camni. Hahaha...


Tapi, even dia suka sangat meniarap, tak boleh biar dia meniarap sorang-sorang, kena ada yang layan. Kalau tak, mula la nak menangis camni...


Oleh sebab meniarap lama sangat tanpa dipedulikan oleh umminya, mula la dia nak menangis...


Masuk waktu untuk tido malam dia pun, jenuh nak tidokan dia. Sebab dia asik nak meniarap saja. Bila ummi dah tak larat nak layan dia, ummi biarkan jer la dia meniarap. Bila dia dah mengantuk, akhirnya tertido sendiri dalam keadaan meniarap. Keh3.. Kesian anak ummi...


Friday, 31 August 2012

Her 1st Eidul Fitri Celebration

Tahun ni merupakan sambutan Eidul Fitri pertama buat si rambut pacak, Nurin Asfa! 24/04/2012, genap usianya 4 bulan! Sudah pandai meniarap ini budak kecik... Bukan main galak lagi.

Untuk tahun ni, Nurin Asfa beraya di kampung halaman ayah kat Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor. Next raya, InsyaAllah, Sabah mari... Hehehe... For the 1st until 3rd Syawal, ikut beraya sakan dengan ayah dan ibu. 4th Syawal, barulah ayah bawak ummi pulak beraya.


Amboiii muka bukan main lagi! Tema tahun ni kaler biru sebab Makcik Pepengnya sponsor baju raya untuk ummi. Hahahahaha... Tinggal beli baju melayu ayah dengan baju raya si kecik ni je untuk matchkan dengan baju ummi!


Muka garang giler budak ni! Ayah jadi tukang riba sebab ayah tengah posa 6 masa ni. Ummi pulak melantak sakan. Hahaha....


Oleh sebab tido tak berapa nak lena sepanjang hari sebab duk beraya sakan, camni la akibatnya bila dah sampai rumah. Bam je kat tilam, terus nyonyot ibu jari then tido!


Hasil kutipan duit raya Nurin Asfa selama seminggu! Sampai ke hari ni, ummi tak kira pun lagi total duit raya dia. Tapi amaun yang paling banyak adalah yang dari seberang Laut China Sleatan nuuuuuunnn... Makcik Pepeng dia bagi RM100 tuh! Fuiyyyoooo!!! Tahun depan amaun yang sama ya Makcik Pepeng!

Ummi pulak yang over excited tolong kumpulkan duit raya dia ni. Kehkehkeh...