Followers

Tuesday, 31 July 2012

She Got Her 1st Fever

Kesian anak ummi... Seminggu temankan ummi berpuasa kat umah Mak Lang kat Lambor Kiri, Perak, ngam2 hari ke-7 kat sana, terus demam, selsema, batuk. Rindu kat ayah kot?! Huk3...


Masih lagi aktif biarpun demam...

But Alhamdulillah, dalam keadaan badan dia yang panas tu pun, dia masih lagi aktif, masih lagi mampu bersembang dan senyum... Tersentuh hati ummi. Anak ummi baik kann... Takmo nangis2 ye sayang.

Ubat demam, termometer, segala ubatan dia semua duk kt umah Kuala Selangor. Oleh sebab dia start demam waktu malam, ummi just bogelkan dia, just pakaiakan pampers dia, lap2 seluruh badan dia denagn kain basah untuk kurangkan suhu badan dia.

Nasihat dari pakar kanak-kanak, bila demam, dont you ever... ever... ever... bungkus your baby (kononnya untuk bagi baby keluar peluh supaya demam cepat kebah)! Perkara tersebut hanya akan memerangkap haba yang boleh membawa kepada sawan.

Dalam kereta, on d way back to Kuala Selangor


The next day, ayah datang untuk bawak kami balik ke Kuala Selangor. Sepanjang perjalanan, penuh sabar anak ummi ni. Tak buat hal langsung. Baik sungguh perangai. Biasa tengok baby ni, bila sakit, mula la asik nak menangis jer...

3 malam jugak dia kena demam. Alhamdulillah, hari ke-4 bawak dia ke klinik, nurse bagitau, kalau baby kerap demam malam, probably it is because of dengue! But lepas jumpa Doc, she said, nothing is wrong with her. Cuma kalau demam malam lagi, kena bawak dia ke klinik untuk check darah! Alhamdulillah, malam hari ke-4 tu dia dah tak demam! Lega ummi...

Thursday, 26 July 2012

Bila Ummi Terlupa Nak Potong Kuku

Inilah akibatnya bila ummi terlupa nak potong kuku...


Tak pasal-pasal calar bawah mata. Kalau ayah tau, ummi jugak yang kena tiau!

Wednesday, 25 July 2012

Her 2nd Soother for 3-9 Months

19/06/12, temujanji klinik untuk 3 bulan. Tapi genap umur 3 bulan pada 24 Jun yang lepas! Berat badan dah naik sampai 6.1kg. Alhamdulillah... Cepatnya anak ummi ni membesar! Memandangkan her 1st soother yang ayah belikan untuk usia 0-3 bulan, maka ummi dah belikan another soother untuk 3-9 bulan.





Comel kan soother baru dia ni?! Nak carik yang kaler pink, tapi unavailable. So kaler merah ni pun jadilah!


Yang ni soother lama yang ayah belikan...

Then menjelang usia 3 bulan dia, ummi try la bagi dia soother baru ni...


Mula-mula letak kat mulut, ok jer...

Bila dia dah rasa betul2 soother ni adalah soother yang lain, trus senget soother ni kt mulut dia!

Dia tak biasa lak dengan soother baru ni sebab nipple utk soother baru ni tak sama dgn soother lama dia. Dia dah biasa dengan nipple bulat soother lama dia tu, sekali bagi nipple leper soother baru ni, terus dia reject! Haishhhhh... Dah dua tiga kali jugak try bagi dia soother baru ni, dia tetap tak nak! Soother lama tu dah nampak sangat kecik dah untuk mulut dia. It doesn't fit well anymore... Please anak ummi, tukar soother baru pulak! Penat ummi belikan jauh2 nun kat Midvalley tu hah!

Tuesday, 17 July 2012

Shopping ke Sleeping?!

Last Saturday, we were going to Tesco to buy some groceries with ayah... Ofcos bawak budak kecik ni. Sampai je Tesco, we catch a trolley with the baby seat. Ummi bagi je budak kecik ni kat ayah, then ummi bawak diri gi usha barang baby punya stall.

Selesai beli beberapa pasang pakaian untuk Nurin Asfa, ummi pun gi la masuk dalam Tesco tu carik dua beranak ni... Jumpa je dorang, ni yang ummi lihat....


Olololololooo anak ummi... Sedap sangat kot ekon dalam Tesco tu. Sampai tertido kt seat troli tu.


Muncung-muncung mulut dia tido.


Then terjaga masa ayah lalu kat bahagian jual makanan basah. Dia terkejut dengar suara orang duk potong-potong ayam. Bangun-bangun je, nampak muka ummi trus senyum... Ayah dia sempat kata muka dia macam muka Chu Nani dia. Erkkk!!! Ummi yg penat2 pregnant hampir 10 bulan, alih2 muka cam Chu Nani dia lak! Huk3!

Monday, 16 July 2012

1st Time Membebel Sendiri

Dalam kesibukan ummi yang semakin hari semakin bertambah ni, dalam sedar tak sedar banyak perkembangan yang ditunjukkan oleh Nurin Asfa. Last Saturday on July, 14th, sedang ummi busy buat literature review untuk PhD ummi, tiba-tiba dengar budak kecik ni duk membebel sorang-sorang sambil tengok TV sambil tangan masuk dalam mulut!


Alahai anak ummi. Comel je dia buat camtu. Ummi duk bz dengan keja ummi, sampai tak pedulikan dia yang nak main. Dah lama sangat kot ummi tak pedulikan dia, sekali dia paling tengok TV, pastu membebel sorang2. Lama gak baru ummi perasan. Hahahaha... Sian anak ummi ni!

Saturday, 14 July 2012

Perkembangan Ketara Dalam Tempoh Umur 2 ke 3 Bulan

Seronok rasanya melihat perkembangan anak dari semasa ke semasa. Itulah nikmatnya apabila kita sendiri yang menjaga anak 24-7. Bagi yang tidak ada komitmen bekerja, bolehla jaga anak saja 24-7. This coming July, 24th Nurin Asfa will turn 3 months old. Cepatnya masa berlalu... Makin berat dah anak ummi ni!

Okeh then, antara perubahan yang amat ketara yang boleh ummi lihat kat anak ummi dalam selang umur dia 2 hingga ke 3 bulan adalah dia dah pandai bersembang dan dah pandai masukkan tangan dalam mulut!


1. Bersembang


Ummi duk agah dia... Setakat ni tak pernah lagi tengok dia membebel sendiri. Mesti ada orang yang kena layan dia, barulah dia akan menyembang camtu...


2. Hisap jari/genggaman tangan


Tengah layan nyonyot tangan dia sambil tengok tv. But now, dah tak pakaikan mittens dia. Biar dia rasa tangan dia instead of mittens tuh!

3. .......


I don't know how to describe this... Ni satu lagi perkembangan yang ummi nampak. Galak sangat! Dalam video kat atas ni, dia duk seronok tengok kain langsir yang beralun ditiup angin kipas. Excited giler dia tgk! Hahahahha... Ummi pun excited nak videokan aksi dia tu!

Thought to buy her this Bumbo Seat! Perghhhh rega blh tahan gak mahalnya untuk seat macam tu. Without tray saja dah RM199. Ni standard price la ni. Mostly yang tengok kat online store, mang yang tu la harganya. Last week sempat singgah kt butik Mothercare MidValley, harga pun RM199 without tray. Kalau yang ada tray macam gambar kat bawah ni, RM245++. Ingat nak beli terus, tapi kat Mothercare ari tu dah takde stock. Bila cari kat Toys R Us MidValley tu pulak, yang ada just with tray. Harga kalau tak silap RM245++.


But last night, bila duk usha kat tenet Bumbo Seat ni, jumpa lak harga murah kat website Fabulous Mom. RM199 boleh dapat dengan yang ada tray. Ni kalau nak suh ayah belikan, kompom berjela la membebelnya. Beli seat mahal2 camtu, pakainya tak sampai setahun pun. Tak kira! Tak kira! Ummi nak beli jugak. Bila nak makan kat luar, senang la sikit. Buh je anak dalam seat tu, takyah susah2 nak dukung dah...

Friday, 13 July 2012

1st Soother & Bottle

Nurse dah pesan banyak kali since preggy lagi, no soother/pacifier and bottle for infant to avoid nipple confusion (keliru puting)! Dan ummi pun nekad untuk mengikuti arahan tersebut. Tapi, nampaknya benarlah bagai apa yang selalu dikata, kita hanya mampu merancang, tapi Dia juga yang menentukan. Things go differently from what have we planned.

The reason ummi beri soother kat baby sebab, baby tak boleh nak tido malam kalau takde puting kat mulut. Kalau duk bagi puting ummi je, satgi dia menyusu banyak sangat, dia akan muntah banyak sampai keluar muntah ikut hidung skali. So, harus bagi soother untuk elakkan perkara tersebut berlarutan.




Bila masa untuk tido, selepas menyusu harus bagi soother, baru la dia nak tido. Soother pertama dia ni, ayah belikan brand Anakku. Nasib baiklah dia pandai nyonyot soother tu.

And the reason why ummi bagi botol susu lak, sebab dia tak reti nak minum susu perah menggunakan sudu, cup or syringe. Nak tak nak, kena ajar jugak minum susu perah menggunakan botol susu.Cuma  tang puting susu tu, certain puting susu je dia nak. Tak semua puting susu dia reti nak isap bila bagi botol susu.


Bila dah reti minum susu pakai botol susu ni, senang lah ummi nak bagi ayah jaga nanti bila ummi terpaksa tinggalkan dia untuk urusan PhD ummi.

Soother tu, ummi beri bermula pada usia anak ummi ni 1 bulan 3 minggu. While botol susu pulak, 2 bulan 1 minggu. Setakat hari ini, Alhamdulillah... Everything goes as planned! Takde pulak masalah dia keliru puting. Dia masih boleh menyusu dengan ummi seperti biasa.