Followers

Thursday, 3 May 2012

24 April 2012 - Dia Akhirnya Keluar Melihat Dunia

6.30 AM, 24/04/2012 (Selasa), minggu ke-39 kandungan, perut terasa sakit lain macam je... Kemudian ia hilang seketika, kemudian sakit itu datang kembali. Owh, adakah itu sudah tanda-tanda untuk melahirkan? Mula-mula tu boleh lagi tahan sakitnya, lama kelamaan sakit tu makin terasa kuatnya.

9.00 AM, "Bang, anta amy g spital, rasanya macam dah nak bersalin ni..."

Setibanya di Hospital Tanjong Karang, selepas diperiksa oleh doktor bukaan pintu rahim setakat 1cm sahaja sedangkan 10cm bukaan rahim diperlukan untuk bersalin secara normal. So, doktor minta saya tunggu dulu di wad. Sepanjang menunggu tersebut, perut semakin lama semakin sakit, dan semakin kerap! Aduh...

12.30 PM, sekali lagi saya dipanggil ke labour room untuk diperiksa bukaan pintu rahim... 2 cm sahaja. Sakit masih boleh ditahan lagi. Masa doktor check bukaan pintu rahim, air ketuban terpecah!

2.00 PM, bukaan rahim masih lagi 2 cm.
Nurse: "Ada minum/makan apa-apa sebagai air/makanan selusuh?!"
Saya: "Ada. Suami bagi air selusuh about 1.5 liter last Saturday."
Nurse: "Patutlah jalan lambat sangat nak bukak! Lain kali kalau mengandung, jangan minum apa-apa air selusuh! Kalau tak, camni lah jadinya. Awak sakit kuat, tapi jalan tak nak bukak!"
Saya berkata dalam hati: "Boleh jelaskan secara saintifik kaitan air selusuh (it just air mineral yang dibacakan doa) dengan bukaan rahim tu?!"

3.00 PM, bukaan rahim masih lagi 2 cm. Doktor mengambil keputusan untuk rujuk kes saya ke Hospital Sungai Buloh. Masa ni memang takleh nak bergerak dah! Sakit yang amat hanya saya dengan Allah je yang tau! Nurse asyik kata, "Jangan teran dulu, nanti pintu rahim bengkak sebab bukaan masih kecil lagi." Aduh! Serius rasa nak meneran je, tapi sedaya upaya untuk menahan.

4.30 PM, tiba di Hospital Sungai Buloh! Seksa sungguh perjalanan lebih kurang 40 minit dari Hospital Tanjong Karang ke Hospital Sungai Buloh menggunakan ambulans. Ya Allah, dah la tengah sangat sakit, keadaan jalan raya pula yang kurang rata, membuatkan sakit bertambah yang amat apabila ambulan melanggar bonggol/lopak di atas jalan. Masa sampai di Hospital Sungai Buloh, memang dah tak larat nak bangun dari strecher ambulan.

5.00 PM, bukaan rahim baru 4 cm. Ya Allah, masa ni serius dah tak mampu nak bergerak sebab menahan sakit nak bersalin. Saya kemudian dibawa ke labour room. Punya la main lama duduk dalam labour room tu. Nurse dan doktor silih berganti masuk asyik nak check jalan, check CTG, check blood pressure, check itu check ini.

8.00 PM, hanya 8 cm. Doktor dah panggil suami saya masuk untuk temankan saya bersalin. Dengan 8 cm ni, doktor dah suruh teran. Teran punya teran, tetap tak nak keluar. Doktor check lagi, dalam keadaan sedar tak sedar saya tu, dengar doktor tu kata kat nurse, servik saya tebal. Tak boleh bersalin normal ni. Harus operate!

Masa berlalu, saya pun kurang sedar keadaan saya, di mana saya berada, ke mana saya dibawa dengan  katil hospital tu ke hulu ke hilir. Apa yang bermain di kepala masa tu, cuma nak bersalin cepat agar hilang semua kesakitan yang keamatan sangat itu. Sepanjang hidup, itulah sakit yang paling sakit yang pernah saya rasakan!

10.57 PM, dalam keadaan yang masih mamai disebabkan bius, terdengar sayup-sayup suara, "uwekkkkk... uwekkkk..." Kemudian tiba-tiba nurse dekatkan sekujur tubuh kecil ke sisi saya dan bertanya, "perempuan ke lelaki..." Dalam keadaan sedar tak sedar dan sangat lemah, saya melihatnya dan berkata, "Perempuan..." Saya hanya sempat mencium dahinya dan menitiskan air mata kesyukuran kerana keadaan saya yang sangat lemah masa tu membuatkan saya tak mampu untuk spent little bit more time with my baby girl.

Mode of delivery - operate!

2.00 AM, 25/04/2012 (Rabu), saya tersedar dan mendapati diri sudah berada di katil wad bersalin. Saya lihat di kiri dan kanan katil, no baby, no husband. So I request for my husband. Kesian melihat keadaan suami... Entah sudah makan ke belum. Setia menunggu.. Then I request for my baby. Pandangan masih berpinar-pinar masa tu. Badan masih terlalu lemah. Saya hanya mampu melihat dan mencium wajah my baby girl.

3.34 kg. The cutest baby I ever see! Aci tak cakap camtu?!

Hanya pada hari ke-2 saja baru sempat untuk tangkap gambar ni.

Macam tak sangka, bayi inilah yang telah saya lahirkan. Nasib baik kulit cerah sebab ummi dan ayahnya, kulit tak berapa nak cerah... Huk3!

Welcome to the world sayang... Be a good girl! Be a good khalifah ok sayang. Ummi and ayah love you so much! Inilah kebahagiaan yang sungguh tidak ada nilai tandingannya dalam hidup ni! Terima kasih ya Allah di atas kurniaan Mu ini.

No comments:

Post a Comment