Sob! Sob! Hari ke-4 masih lagi ditahan di hospital. Anak ummi pulak kena jaundice (kuning). Walaupun jaundice di kalangan bayi baru lahir adalah normal, tapi ibu mana yang suka bila anak kecil mereka yang baru melihat dunia kena sakit?! Ada tahap di mana jaundice boleh membawa kepada kematian. Menurut mak saya, seorang daripada kakak saya meninggal dunia semasa masih bayi disebabkan oleh jaundice.
First time ummi menitiskan air mata apabila anak ummi kena penyakit. Begini rupanya perasaan itu. Serius mengalir air mata apabila anak ummi menangis sebab tak nak ditutup mata menggunakan kapas tersebut. Kasihan melihat keadaan anak ummi begini.
Ini merupakan rawatan yang diberikan untuk bayi jaundice semasa di hospital. Nurse akan suruh pakaian bayi ditanggalkan semuanya kecuali diapers dia, kemudian akan dijemur di bawah cahaya biru ni. Saya ada gak tanya kat nurse tu, cahaya biru tu cahaya apa?! Dia pun tak tau nak jawab. Huk3!
Hari ke-5 dah boleh discaj dari hospital... Bacaan tahap jaundice anak ummi adalah 195. Doktor kata, tahap 225 dan ke atas dikira tahap yg memerlukan bayi ditahan di hospital. Fiuhhhhh... Nasib baik dah boleh balik!
Menurut artikel bertajuk Newborn Jaundice:
"Jaundice is a yellow color of the skin, mucus membrane, or eyes. The yellow coloring comes from bilirubin, a byproduct of old red blood cells. Newborn jaundice is when a baby has high levels of bilirubin in the blood. Bilirubin is a yellow substance that the body creates when it replaces old red blood cells. The liver helps break down the substance so it can be removed from the body in the stool. High levels of bilirubin makes your baby's skin and whites of the eyes look yellow."
So, cara yang mudah untuk mengenalpasti samada bayi kita kena kuning atau tak adalah dengan melihat kulit dan putih mata bayi anda. Sekiranya ia kekuningan, maka itu tanda2 ia kena kuning.
Mata putih anak ummi dah kekuningan akibat jaundice. |
Semasa lawatan nurse ke rumah, antara nasihat yang diberikan mengenai bayi yang kena kuning ni:
- Elakkan persekitaran berwarna kuning termasuklah memakai pakaian berwarna atau seakan-akan kuning buat ibu dan bayi.
- Ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan digalakkan untuk mengelakkan pengambilan makanan seperti lada hitam, halia dan kunyit.
- Semasa tidur malam, bayi perlu tidur di bawah cahaya lampu. Cahaya lampu kuning tak blh okeh! Takut kulit bayi serap cahay kuning tu yang menyebabkan kuningnya bertambah teruk.
- Kerap menyusukan bayi.
- Sekiranya bayi kerap buang air besar, itu adalah petanda baik memandangkan kuning tu boleh 'dibuang' melalui pembuangan air besar.
No comments:
Post a Comment