Followers

Sunday, 27 May 2012

Nurin Asfa is 1 Month Old

Alhamdulillah... 24/05/12, genap sebulan dah anak ummi. Oh, sebelum tu, Nurin Asfa yang membawa maksud cahaya yang suci, nama yang diberikan oleh ayahnya. Kalau ikut umminya, nak bagi nama Nur Iman Maryam, tapi ayahnya kata nama tu panjang sangat. Panjang ke?! Ikut je la...


Umur sebulan kena pergi buat check up kat klinik kesihatan. Hari ni pakai baju cantik-cantik lak anak ummi ni. Takde dah nak pakai bedung bagai pegi klinik. Baju ni untie ayu dia kasik! First time pakai. Bonnet lak ummi beli kat GM Klang masa pregnantkan dia 7 bulan dulu.


Semakin matang muka anak ummi ni. Dan semakin booooooooolat! Muka dah berubah sikit dari masa lahir hari tu.

Masa ke klinik tempoh hari, berat badan dah cecah 5.4 kg! Naik 2kg dalam tempoh sebulan! Sebab berat lahir dia just 3.34 kg. Bila tengok carta berat badan dalam buku rekod kesihatan dia, nurse maklumkan yang berat dia tu dah hampir melepasi lebih berat badan.


Melihat kepada carta di atas ni, berat badan Nurin Asfa terletak pada garis sempadan antara berat normal dengan lebih berat badah sederhana. Untuk rujukan bagi carta di atas ni:

 Kawasan Putih  : Berat badan normal
 Kawasan Kuning  : Kurang berat badan (sederhana)
 Kawasan Merah  (di bawah Kawasan Kuning) : Kekurangan berat badan
 Kawasan Merah  (di atas Kawasan Putih) : Berlebihan berat badan

But, the nurse said, don't worry, belum berlebihan berat badan lagi tu. Kira ok lagi. Janji anak sihat.

Mau tak naik mendadak berat badan anak ummi ni, kuat sangat menyusu. Takpelah, janji anak ummi sihat kan sayang...

Monday, 14 May 2012

Day 20 - Already 4.2 kg & Happy Mother's Day

Hari ke-20, hari nurse buat lawatan ke rumah. Hari ni anak ummi akan ditimbang berat. She is already 4.2 kg. Alhamdulillah. Berat dia berada pada tahap normal pada usianya. Membesar dengan sihat dan kuat ye sayang. Ummi and ayah love you so  much! Kuat menyusu la anak ummi ni!

Good morning sayang ummi...

Haihhhh... Dia sambung tido semula!

Baru sudah mandi. Sedang tunggu misi datang melawat...

It is Mother's Day too today! Nothing special untuk celebrate. It is my 1st sambutan Hari Ibu. Baby baru umo 20 hari. Masih sedang busy dengan baby. Masih sedang dalam pantang. So, duduk rumah je la makan menu pantang. Tak boleh makan kat luar lagi. Kesian ummi. Anyway, thank you ayah for this lovely peach carnation. I love you so much!

Sekuntum bunga teluki (carnation) buat ummi baru...

Thursday, 10 May 2012

Day 10 - Botak & Tanggal Pusat

Oleh sebab ummi selalu sangat mengadu kt ayah yang rambut anak ummi selalu sangat basah dek peluh, maka ayah pun mengambil keputusan untuk membotakkan kepala anak ummi. Haiyyyokkk!!!





Tengoklah macam mana ayah cukur rambut anak ummi ni... Tak kemas langsung! huk3... Sian anak ummi. Masa tengah cukur ni pun, kena susukan dia. Kalau tak mau dia nangis. Buat ala kadar je. Janji dah hilang rambut dia.


Hilang dah rambut Safee Sali anak ummi. Nanti kalau dah tumbuh semula, tak tau la akan jadi macam rambut ni lagi ke tak. Ummi dah start rindu dengan rambut lama dia  ni. 

Tengahari hari yang sama, nurse buat lawatan ke rumah. Dah hari ke-10, perlu ambil ukuran berat badan baby. Hari ni timbang, anak ummi dah 3.74 kg. Dalam masa 10 hari, cuma naik 0.4 kg je. Kena minum susu banyak lagi ni. Biar montel anak ummi.


Petang hari yang sama, masa ummi nak tukar pampers, tengok pusat anak ummi dah tanggal. Baguslah tu. Senang ummi nak mandikan kelak. Senang nak pakaikan lampin atau pampers lain kali. Takdelah nak berhati-hati sangat nak uruskan pusat dia.

Wednesday, 9 May 2012

DAY 6 - Bahagianya Anak Ummi Dah Balik Rumah

Setelah 5 hari ditahan di wad, akhirnya malam tadi anak ummi dah boleh tido kat katil kat umah. Bahagianya tengok dia tido camni.


Olololoololo anak dara ummi ni. Ayunya dia tido. Bedung dah bukak. Kalau ayah dia, mesti marah kalau tengok anak dara dia ni tak dibedung. Umminya pulak tak suka nak bedung dia sebab kesian tengok kalau dia nak menggeliat, rasa cam seksa je dia nak lepaskan tangan dia dari bedung tu.


Tido dengan gaya bebas! Ni nak kejutkan dia untuk menyusu. Tapi bahagia je dia tido. Takmo bangun lagi. Sian anak ummi...

Monday, 7 May 2012

Day 5 - Anak Ummi Dah Boleh Balik Rumah

Alhamdulillah... Akhirnya anak ummi dah boleh discharge dari hospital. Ummi pun dah bosan duduk kat hospital lama-lama. Walaupun masih ada jaundice, tapi tahap jaundice tu masih terkawal.

Hari terakhir di hospital...

Hari terakhir di hospital. Anak ummi nampak tenang saja. Tak macam malam tadi. Banyak sangat ragamnya. Mungkin disebabkan jaundice itu kot.

Hari ni Uncle Mie pun datang melawat sama. Temankan ayah sekali untuk urusan discharge. Tengkiu Uncle Mie. Jasamu dikenang selalu...

Lunch hari terakhir...

Lunch untuk hari terakhir tak berapa nak disentuh. Perasaan nak balik lebih mengatasi perasaan lapar.

Saturday, 5 May 2012

Day 4 - Anak Ummi Kena Jaundice

Sob! Sob! Hari ke-4 masih lagi ditahan di hospital. Anak ummi pulak kena jaundice (kuning). Walaupun jaundice di kalangan bayi baru lahir adalah normal, tapi ibu mana yang suka bila anak kecil mereka yang baru melihat dunia kena sakit?! Ada tahap di mana jaundice boleh membawa kepada kematian. Menurut mak saya, seorang daripada kakak saya meninggal dunia semasa masih bayi disebabkan oleh jaundice.


First time ummi menitiskan air mata apabila anak ummi kena penyakit. Begini rupanya perasaan itu. Serius mengalir air mata apabila anak ummi menangis sebab tak nak ditutup mata menggunakan kapas tersebut. Kasihan melihat keadaan anak ummi begini.


Ini merupakan rawatan yang diberikan untuk bayi jaundice semasa di hospital. Nurse akan suruh pakaian bayi ditanggalkan semuanya kecuali diapers dia, kemudian akan dijemur di bawah cahaya biru ni. Saya ada gak  tanya kat nurse tu, cahaya biru tu cahaya apa?! Dia pun tak tau nak jawab. Huk3!

Hari ke-5 dah boleh discaj dari hospital... Bacaan tahap jaundice anak ummi adalah 195. Doktor kata, tahap 225 dan ke atas dikira tahap yg memerlukan bayi ditahan di hospital. Fiuhhhhh... Nasib baik dah boleh balik!

Menurut artikel bertajuk Newborn Jaundice:
"Jaundice is a yellow color of the skin, mucus membrane, or eyes. The yellow coloring comes from bilirubin, a byproduct of old red blood cells. Newborn jaundice is when a baby has high levels of bilirubin in the blood. Bilirubin is a yellow substance that the body creates when it replaces old red blood cells. The liver helps break down the substance so it can be removed from the body in the stool. High levels of bilirubin makes your baby's skin and whites of the eyes look yellow."

So, cara yang mudah untuk mengenalpasti samada bayi kita kena kuning atau tak adalah dengan melihat kulit dan putih mata bayi anda. Sekiranya ia kekuningan, maka itu tanda2 ia kena kuning.

Mata putih anak ummi dah kekuningan akibat jaundice.

Semasa lawatan nurse ke rumah, antara nasihat yang diberikan mengenai bayi yang kena kuning ni:
  1. Elakkan persekitaran berwarna kuning termasuklah memakai pakaian berwarna atau seakan-akan kuning buat ibu dan bayi.
  2. Ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan digalakkan untuk mengelakkan pengambilan makanan seperti lada hitam, halia dan kunyit.
  3. Semasa tidur malam, bayi perlu tidur di bawah cahaya lampu. Cahaya lampu kuning tak blh okeh! Takut kulit bayi serap cahay kuning tu yang menyebabkan kuningnya bertambah teruk.
  4. Kerap menyusukan bayi.
  5. Sekiranya bayi kerap buang air besar, itu adalah petanda baik memandangkan kuning tu boleh 'dibuang' melalui pembuangan air besar.

Safee Sali Ummi

Semakin lama ummi perhatikan rambut anak ummi ni, semakin ummi akan teringatkan seorang bintang sukan selebriti ni... Pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali. You all percaya ke tidak?! Hik3! Percayalahhhh...

 

Ada sama tak?! Cemana lak rambut anak dara ummi ni boleh ikut pesen rambut Safee Sali ni?! Rasanya time pregnant sepanjang hampir 10 bulan ni, takde la tengok bola sangat.


Walaupun baru lepas mandi, rambut tetap cacak! Ini ori okeh! Takde pakai gel segala... Olololololo, anak ummi yang sangat penyabar! Inilah Safee Sali ummi...

Thursday, 3 May 2012

24 April 2012 - Dia Akhirnya Keluar Melihat Dunia

6.30 AM, 24/04/2012 (Selasa), minggu ke-39 kandungan, perut terasa sakit lain macam je... Kemudian ia hilang seketika, kemudian sakit itu datang kembali. Owh, adakah itu sudah tanda-tanda untuk melahirkan? Mula-mula tu boleh lagi tahan sakitnya, lama kelamaan sakit tu makin terasa kuatnya.

9.00 AM, "Bang, anta amy g spital, rasanya macam dah nak bersalin ni..."

Setibanya di Hospital Tanjong Karang, selepas diperiksa oleh doktor bukaan pintu rahim setakat 1cm sahaja sedangkan 10cm bukaan rahim diperlukan untuk bersalin secara normal. So, doktor minta saya tunggu dulu di wad. Sepanjang menunggu tersebut, perut semakin lama semakin sakit, dan semakin kerap! Aduh...

12.30 PM, sekali lagi saya dipanggil ke labour room untuk diperiksa bukaan pintu rahim... 2 cm sahaja. Sakit masih boleh ditahan lagi. Masa doktor check bukaan pintu rahim, air ketuban terpecah!

2.00 PM, bukaan rahim masih lagi 2 cm.
Nurse: "Ada minum/makan apa-apa sebagai air/makanan selusuh?!"
Saya: "Ada. Suami bagi air selusuh about 1.5 liter last Saturday."
Nurse: "Patutlah jalan lambat sangat nak bukak! Lain kali kalau mengandung, jangan minum apa-apa air selusuh! Kalau tak, camni lah jadinya. Awak sakit kuat, tapi jalan tak nak bukak!"
Saya berkata dalam hati: "Boleh jelaskan secara saintifik kaitan air selusuh (it just air mineral yang dibacakan doa) dengan bukaan rahim tu?!"

3.00 PM, bukaan rahim masih lagi 2 cm. Doktor mengambil keputusan untuk rujuk kes saya ke Hospital Sungai Buloh. Masa ni memang takleh nak bergerak dah! Sakit yang amat hanya saya dengan Allah je yang tau! Nurse asyik kata, "Jangan teran dulu, nanti pintu rahim bengkak sebab bukaan masih kecil lagi." Aduh! Serius rasa nak meneran je, tapi sedaya upaya untuk menahan.

4.30 PM, tiba di Hospital Sungai Buloh! Seksa sungguh perjalanan lebih kurang 40 minit dari Hospital Tanjong Karang ke Hospital Sungai Buloh menggunakan ambulans. Ya Allah, dah la tengah sangat sakit, keadaan jalan raya pula yang kurang rata, membuatkan sakit bertambah yang amat apabila ambulan melanggar bonggol/lopak di atas jalan. Masa sampai di Hospital Sungai Buloh, memang dah tak larat nak bangun dari strecher ambulan.

5.00 PM, bukaan rahim baru 4 cm. Ya Allah, masa ni serius dah tak mampu nak bergerak sebab menahan sakit nak bersalin. Saya kemudian dibawa ke labour room. Punya la main lama duduk dalam labour room tu. Nurse dan doktor silih berganti masuk asyik nak check jalan, check CTG, check blood pressure, check itu check ini.

8.00 PM, hanya 8 cm. Doktor dah panggil suami saya masuk untuk temankan saya bersalin. Dengan 8 cm ni, doktor dah suruh teran. Teran punya teran, tetap tak nak keluar. Doktor check lagi, dalam keadaan sedar tak sedar saya tu, dengar doktor tu kata kat nurse, servik saya tebal. Tak boleh bersalin normal ni. Harus operate!

Masa berlalu, saya pun kurang sedar keadaan saya, di mana saya berada, ke mana saya dibawa dengan  katil hospital tu ke hulu ke hilir. Apa yang bermain di kepala masa tu, cuma nak bersalin cepat agar hilang semua kesakitan yang keamatan sangat itu. Sepanjang hidup, itulah sakit yang paling sakit yang pernah saya rasakan!

10.57 PM, dalam keadaan yang masih mamai disebabkan bius, terdengar sayup-sayup suara, "uwekkkkk... uwekkkk..." Kemudian tiba-tiba nurse dekatkan sekujur tubuh kecil ke sisi saya dan bertanya, "perempuan ke lelaki..." Dalam keadaan sedar tak sedar dan sangat lemah, saya melihatnya dan berkata, "Perempuan..." Saya hanya sempat mencium dahinya dan menitiskan air mata kesyukuran kerana keadaan saya yang sangat lemah masa tu membuatkan saya tak mampu untuk spent little bit more time with my baby girl.

Mode of delivery - operate!

2.00 AM, 25/04/2012 (Rabu), saya tersedar dan mendapati diri sudah berada di katil wad bersalin. Saya lihat di kiri dan kanan katil, no baby, no husband. So I request for my husband. Kesian melihat keadaan suami... Entah sudah makan ke belum. Setia menunggu.. Then I request for my baby. Pandangan masih berpinar-pinar masa tu. Badan masih terlalu lemah. Saya hanya mampu melihat dan mencium wajah my baby girl.

3.34 kg. The cutest baby I ever see! Aci tak cakap camtu?!

Hanya pada hari ke-2 saja baru sempat untuk tangkap gambar ni.

Macam tak sangka, bayi inilah yang telah saya lahirkan. Nasib baik kulit cerah sebab ummi dan ayahnya, kulit tak berapa nak cerah... Huk3!

Welcome to the world sayang... Be a good girl! Be a good khalifah ok sayang. Ummi and ayah love you so much! Inilah kebahagiaan yang sungguh tidak ada nilai tandingannya dalam hidup ni! Terima kasih ya Allah di atas kurniaan Mu ini.